Welcome to R-ASLY



intai-intailah resepi saya,jika berkenan silalah cuba... ^_^

Monday, 30 January 2012

Nasi Beriani & Gulai Ayam Versi Terengganu

Nasi Beriani & Gulai Ayam versi Terengganu

Salam sejahtera.Resepi nie dah byk kali nak post tp  tak terpost pun,alhamdulillah hari ni br berkesempatan.
Nasi beriani rempah Feizah ni very simple,just rujuk kat belakang paket rempah tu jer.Akak ubah ler sikit bhn2 tu.Nak ikut 100% pun no hal,pasti menjadi tu.Gulai tu pun klu nak tukar Sayur Dalca bersama Ayam Masak Merah pun boleh.En.Somi akak kata sedap jer compare Restoran2 glamour kat KL tu.Lagi mahal adalah kat Restoran tu.So bila En.Somi  dah kata camtu maka bertambah2 rajinlah akak ni.he he.

Nanti akak nak ltk resepi ns.tomato yg lain dr nasi tomato biase kita buat tu,jeng3......tunggu ye.Ok kita tgk dulu resepi utk nasi beriani dulu.




Bhn2 Utk Nasi:1kg beras basmathi,planta +myk sapi,bwg putih,bwg.merah,rempah kasar 4beradik,2sudu bsr rempah beriani Faieza,daun pandan,daun ketumbar(jika suka),halia(resepi asal x ltk pun),air secukupnyer(lebihkan 1 sukatan air berbanding beras),garam,gula,jus sunquick oren,susu cair dan beberapa titik pewarna kuning.Cara2nya sama mcm masak ns.myk jgk. 


Bhn2 utk Gulai Daging @ Ayam: bwg.merah,bwg.putih,halia,lengkuas,kunyit hidup,==>dikisar & + dgn cili kisar,asam keping@asam jawa,garam,gula.perapkan bhn2 ini bersama ayam/daging.campur sekali rempah gulai CAP BUNGA ROSE & REMPAH MASAK CAP BUNGA ROSE.Bila myk panas masuk bhn yg diperap n bila garing masuk santan,kentang dan masak hingga empuk.

Bhn2 Utk  Acar:kobis,bwg merah,cili besar,cuka,garam n gula secukupnya.

**BOLEH JUGA DITAMBAH PAPADOM GORENG BERSAMA HIDANGAN INI.SELAMAT MENCUBA.^ _^

Saturday, 14 January 2012

Roti Naik @ RotiManis

Roti Naik

Assalamualaikum,hari ini akak nak kongsi resepi Roti Naik resepi asal Cik Sasha Rahmat(KR),tq Cha.
roti naik



Roti ni tak de lah susah sgt,klu betul2 ikut step by step,insyaAllah jadi lah tu.Ok jom kite tgk bhn2nya & cara2nya.

 Bahan A

  yis 11 grm
  air suam 1/2 cwn
  gula 1 sudu besar
  tepung 1 sudu besar
  ***satukan bahan A dan biarkan yis ni kembang.

  Bahan B
  2 sudu besar marjerin planta / mentega cair-->akak cairkan dlm loyang jer,nanti kite nak bakar roti kena   sapu marjerin jgk loyang tu kan?.

  Bahan C
  1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan-akak buat 1/2cwn jer) utk 
  dijadikan sirap gula

  Bahan D
  4cwn tepung gandum diayak dgn 1sudu teh serbuk penaik/baking powder.

roti disapu kuning telur b4 bakar

  Cara-caranya
  1 - Mula-mula buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
  2 - Masukkan tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
  3 - Campur bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
  4- Uli hingga adunan x melekat di tngn.kadang2 kita kena tambah jgk sikit tpg.gandum tu.
  5 - Biarkan adunan naik.rehat lbh kurang 1/2jam.akak tutup dgn kain lembap.
  6 - Bila adunan dh naik bentukkan doh bulat2,susun di loyang-jarakkan lebihkurang 1jari antara roti2 tu.
  7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 1/2 jam)-tutup dgn kain lembap
   8 - Sebelum bakar sapu kuning telur-akak sapu pakai daun pandan-lg wangi baunye.suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
  9 - Keluarkan drp oven dan sapu marjerin diatas roti..SELAMAT MENCUBA.

***boleh jgk nak ltk inti kat dlm tu,cth:kacang merah,kaya,kelapa atau dibuat roti gulungsosej/mini pizza.

cth roti inti kaya.







Thursday, 22 December 2011

Indulgence Cake

22 December 2011
My 1st Indulgence Cake

Alhamdulillah,akhirnye dpt jgk akak menghasilkan kek yg agak complicated utk membuatnyer.mane idaknyer,it's take 2 days to complete it.1st day buat kek chiffon n choc.mousse(dark n white),2nd day baru buat layer by layer n choc.ganache.


Resepinya====akak copy dr Kongsi resepi(tq KR)


 Chocolate Chiffon

  Bahan A
  30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  100gm gula kastor
  130gm tepung naik sendiri
  1/2 tsp baking powder
  1/2 tsp soda bicarbonate
  60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  1 tsp esen vanila

  Bahan B
  4 biji putih telur
  60gm gula kastor
  1/4 tsp cream of tartar

  Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang
  menggunakan high speed.
  2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high
  speed.
  3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang
  9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
i  4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul
  sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

  Filling : Mousse Coklat Hitam :
  200gm chocolate masakan hitam
  2 kuning telur (di pukul dahulu)
  2 putih telur (di putar hingga kembang)
  60gm gula kastor
  1/2 tbsp mentega
  250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
  1 1/2 tbsp gelatin
  50ml air
  (mousse hitam ni kena simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

  Filling : Mousse Coklat Putih :
  200gm coklat masakan putih
  100ml susu segar UHT
  2 kuning telur (di pukul dahulu)
  2 putih telur (di putar hingga kembang)
  60gm gula kastor
  250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
  2 tbsp gelatin
  50ml air

  Topping Coklat Ganache
  150ml Anchor whipping cream (tawar)
  350gm coklat masakan hitam
  1 tbsp mentega cair
  (Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di
  tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas
  kek)

  Cara-cara :

  Mousse Coklat Hitam
  1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler
  hingga gelatin larut. Ketepikan
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam
  adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati.
  Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup
  balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream
  yang diputar, gaul hingga rata.
  Simpan dlm fridge(beku).

  Mousse Putih Coklat
  1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler
  hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke
  dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup
  balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan
  whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
  4. Masukkan ke-dua2 mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian
  keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan
  bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di
  simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga
  kembang baru di sapu ke atas kek.

  Cara-cara :
  1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.(akak potong guna benang halus,lebih mudah bg akak)
  2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin), akak guna loyang biase jer. Tuang
  mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat
  hitam di atasnya dan ratakan.(mousse hitam ni kena simpan sedikit adunannya untuk di sapu tipis keseluruhan  kek)
  4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat
  putih dan ratakan.
  5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di
  dalam peti sejuk semalaman.(akak simpan 6jam jer)
  6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh
  kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat
  mengeras baru di hias.
  8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong
  kek.



Selamat mencuba !

Tuesday, 13 December 2011

Moist Chocolate Cake with Fresh Cream


amboi panjang lah pulak nama kek ni MOIST CHOC.CAKE WITH FRESH CREAM, Kek ni ramai yg dah tahu buat tp saje jer saya nak tambah koleksi resepi kat blog nie.Bahan2 pun saya dah ubah skit dr resepi asal pn.munira baharum tu,maaf ye kak,hi hi. :)

Bahan2 (a): 2cawan tpg.gandum )

1/2 cawan serbuk koko )

1 sudu teh sodabikarbonat )diayak

1sudu teh serbuk penaik )

(b)1cwn susu pekat

1cwn gula halus

1cwn myk masak

1biji telur

(c) 1cwn air panas





cara:campur gula,myk,susu pekat,telur,kacau hingga sebati,masuk 

tpg yg diayak(a)==gaul semua bhn.

Last sekali masuk air panas,kacau hingga betul2 sebati.kek ini 

boleh dikukus @ pun bakar.

Untuk topping coklat,bhn2:

1cawan susu pekat manis

3sudu besar serbuk coklat

2 sudu minyak masak,

**masak bahan ini dgn api perlahan sehingga pekat.tuang keatas 

keatas kek @ cupcake anda.






Kek Coklat Moist + Coklat Topping



Sunday, 4 December 2011

Nasi Ayam Simple

Nasi Ayam Simple
nasi ayam simple

Sup:Ayam,Halia,Bawang Putih,Bawang

merah,Lada Hitam(sebiji2-jgn tumbuk 

plk),Daun Sup,

Garam n perasa---hanya rebus

jer(dah namenya simple).


Nasi:pastinye beras,Air rebusan 

ayam,planta,myk

msk skit,cengkih,bunga

lawang,pelaga,kulit 

kayu manis,

bwg putih,bwg merah,halia,daun pandan.Tumis bwg2,halia,dn.pandan,rempah kasar,bile wangi masuk beras,air rebusan n air biasa jika perlu.masak nasi spt biasa.

 Sos Cili:lada besar,lada jarum(jike suka),bwg.putih,halia,gula,

jus limaunipis@cuka,garam---blend n masak sekejab--sos akan menjadi lebih enak rasanya.

Sos kicap:Kicap,bwg.putih diketuk,halia diketuk,ditumis dgn sedikit myk


tambah gula jika perlu.tambah air sikit.



Ayam:ayam yg direbus digaul ngan sedikit kicap dan digoreng dgn api yg

perlahan--supaya 
ayam tidak keras.


Ulam:timun,tomato,daun salad.SELAMAT MENCUBA:))
 


Saturday, 3 December 2011

Carrot Cake

Carrot Cake with Cream-cheese



    • a)3 bj telur


      150gm gula halus


      1/2 cwn mentega cair

      200 g carrot di parut kasar

      50 g walnut cincang--dibakar hingga wangi


      b)bahan diayak bersama

      150g tpg gandum

      1/2 camca teh serbuk penaik

      1/2 camca teh soda bikarbonata

      1/2 camca teh garam


      c)bahan krim keju-hiasan topping

      125 g keju

      100g mentega

      70 g gula icing

      sedikit pewarna oren(utk btk karot)
      sedikit pewarna hijau(utk btk daun)

      1 camca besar perahan limau nipis/lemon/kasturi.



      Cara2:pukul bhn (a) hingga sebati,kemudian masukkan bhn yg diayak sedikit2,bila sebati masukkan kedl loyang yg disapu merjerin dan ditabur sedikit tpg.gandum.
      bakar suhu 180 oCelcius(bergantung pd oven jgk),selama 50mnt-1jam. **SELAMAT MENCUBA**



Saturday, 12 November 2011

Blueberry Cheese Cake

BLUEBERRY CHEESE CAKE--BAKED







dasar-50gm planta dicairkan

20keping biskut marie-kisar halus


adunan kek: 250gm krim keju
150gm gula halus
2bji telur
1sudu teh esen vanila
2sudu bsr pes lemon/k.eli ganti sunquick oren
20gm gandum
20gm tpg.jagung
150gm krim putar/k.eli guna yogurt asli ape2 brand.size kck mcm bekas dadih tu
200gm bluebery pai filing

1)cara2:cairkan planta n campur biskut merie kisar kedlm loyang.cairkan terus dlm loyang jer planta tu.(versi k.eli)
tekan2 bhn nie then masuk dlm petiais.



2)pukul keju+gula+telur+esen+sunquick---gebu
3)masuk kedua2 tepung skit2+ yogurt pukul sampai sebati
4)tuang adunan kedlm loyang kat petiais tadi then bakar cam buat kek karemel tu(kaedah steambath)
bakar dlm oven guna api atas bawah 180oC selama 1jam.klu cucuk lidi n x melekat kt lidi masak lah tu.akak guna loyang bulat biase jer,molek jer,bila sejuk sapu blueberry pai filing.SELAMAT MENCUBA.